Khamis, 28 Julai 2011

Makan- Makan Bersama Mereka.

Assalamualaikum....
Dah lama tak update blog aku ni..
apa nak jadi ni???
haha.
yang penting hari ini aku nak coret sikit pasal event tengah hari tadi.

Bertarikh 28 Julai 2011, hari khamis aku dan yana dijemput untuk join sekaki jamuan AJK tertinggi MPPU Prauniversiti sesi 2010/2011. haha. tak sangka aku dijemput. Anis yang menjemput aku dan yana. Jamuan ni diadakan di KFC ong tai kim meh. ~ dekat je kot.

aku dan yana pun bersemangat la menuju ke KFC OTK dengan hati yang riang serta perut yang sedang kelaparan.
sampai je kat sana, arinah ( dia pun dijemput juga ) bersama-sama menuju ke tingkat atas restoran KFC tuhh.

Haha. bile naik je... amek kau. banyak plak yang buat jamuan jugak. kelihatan gang Rini sedang lahap makan set chicken chop KFC yang baharu tuhh. haha~ kelihatan jugak Komar bersama kekasih hatinya Hanisa yang sedang makan sepinggan. ~ so sweet.


1st gamba bila sampai kat KFC otk ~ credit la to Arinah (:


bermula lah sesi menjamah jamuan yang disediakan.
setiap orang diberi 2 ketul ayam KFC yang baru digoreng. ~ mantop..
secawan air pepsi yang menyegarkan. ~ masyaallah.
aku, yana dan arinah siap plus lagi makanan.
haha~ aku dengan yana beli lagi burger kat MCd. Arinah ngan aku plus lagi cheesy wedges. ~ terbaik lahh.


aksi aku, saudi dan windi ketika menikmati ayam KFC. ~ yUmmy.... (:


makanan kat jamuan ni juga dimeriahkan dengan spageti buatan Anis yang memang sedap sehingga menjilat garfu.
Tengs to Anis sebab sponsor spageti yang sangat sedap.

Duta KFC ~ Arinah. ~ jd pelayan tak berbayar minah nie. haha.

Menikmati spageti Anis yang sedap tuhh... ~ terbaik.

aku sedang tekun menikmati spageti. ~ jangan kacau sy. haha.


sedap sehingga menjilat garfu kot.

bila dah kenyang, hati pun riang (:


special edit ~ KFC otk ~ 28 Julai 2011. Jamuan Ajk MPPU 2011.

Isnin, 30 Mei 2011

Special Fotografi Project : SADO YASUTORA. anime Bleech character

Kebohsanan yang mencapai tahap dewa time2 cuti semester nie menyebabkan aku kurang kerja ( walhal melambak assigment- malas nak buat sekarang )& timbul idea untuk buat projek khas nie ( ceh, poyo siut !!!! )
lalu, aku mengambil kamera burukku yang sudah tersadai lame didalam beg harta karunku.
set up kamera, wardrobe, character & yang penting rambut + xpression.
yeah....
terhasillah character Sado Yasutaro yang pada mulenye aku tak perasaan.
bila post kat fb, member cakap sebijik la.
next year, klw ade kesempatan aku nak join cosplay competition la. ( poyo seyh !!!!!!).

malas nak cakap banyak, kalau ade la yang bace & lihat blog aku nie, sila la perhatikan hasil karya aku yang tak seberapa.

Sekian, Terima kasih :)



nie la character sebenar : Sado Yasutora




Raff safa as Sado Yasutora : facestory




storyface II : Hulk + Sado Yasutora

so, sama Tak???~ mata anda menilai sendiri.

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Emak :)

Selamat Hari Emak diucapkan kepada mak yang melahirkan akak & 5 orang adik berdikku yang lain iatu Pn Elvi Saadi. Terima kasih diatas pengorbanan mu mak yang sanggup mempertaruhkan nyawamu untuk melahirkan akak & adik-adik yang lain. Terima kasih juga mak kerana menjaga, merawat, mendidik, mengajar, menasihati, dan menjadi pendengar yang setia selama ini. Tahun ni akak & adik-adik kekurangan bajet nak buat suprise untuk mak, hanya mampu memberi ucapan " Happy Mother Day, mak " serta mendoakan mak sentiasa panjang umur, sihat dan sentiasa bersama akak & adik-adik. Mak I Love u So Much :)to all Mom " Happy Mother Day ".

                                                                 Mak saya ~ I love u Mak :)

Jumaat, 22 April 2011

Last Day Cikgu Sya & Cikgu Nad

Hari ini yang bertarikh 22 April 2011, Jumaat, sudah cukup tempoh 'practical' Cikgu Sya & Cikgu Nad di UBK, Smk Gombak Setia.
wawawawawawawa :(
sedih2..~ sob....sob.....sob......sob....
dah tak dapat tengok cikgu yang comey belaka. ( cikgu UBK yang lain pun Comell juga :) )
Walaupun tempoh pertemuan kami hanya seketika namun memori yang ditinggalkan akan aku simpan.
Cikgu UBK bersama PRS yang lain tadi sempat membuat suprise farewell party for cikgu Sya & Nad.
Cikgu berdua memang tak sangka akan diraikan sedemikian rupa.
~ haahaha
Lalu, dalam gembira diraikan jatuh juga air mata terharu & sedih apabila terpaksa berpisah.
Yang paling terasa dengan perpisahan ini ialah PRS sesi petang yang lebih rapat dengan cikgu Sya & Nad ( aku pun rapat jugak tp jarang luang masa dgn cikgu sbb terlalu BUSY - poyo)
Aku harap, Cikgu Nad & Cikgu Sya akan sukses sebagai guru kaunseling di masa hadapan.
I love both of you, cikgu :)

ini ada beberapa foto yang sempat dirakam oleh kamera buruk aku.











Last day with cikgu Sya & cikgu Nad ~ Friday ~ 22.04.2011

Isnin, 11 April 2011

Sunday Morning Memory ~ 10 April 2011

Aku dan Lala sudah lama merancang untuk pergi ke  Taman Tasik Titiwangsa dalam misi untuk membakar lemak.
Akhirnya, hari ahad bersamaan dengan 10 April 2011 misi kami pun bermula.
Kami berdua bersama seorang lagi kawan yang mengikuti misi ini walaupun badannya sudah sedia maklum KERING, iatu Hajar.
Jadi aku dan Lala menaiki bas Rapid menuju ke TT.
Kami sampai ke TT dalam pukul 7.45 a.m. Memang meleset dari perancangan awal.
Memang tak tepati masa. Sampai-sampai kena tunggu Hajar yang masih lagi terkandas di rumah akibat motornya yang dibawa lari oleh bapanya. ~ hahaha
Jadi, aku dan Lala pun menunggu Hajar sambil makan buah betik sebagai breakfast kami pada pagi itu.
Sedang asyik makan dan mengumpat si Hajar ( buruk sungguh perangai ), tiba-tiba Hajar muncul di hadapan aku dan Lala. Terkejut aku. Dari mana si Hajar ni datang.
Hajar mampu tersenyum dengan kelewatannya.
Aku dan Lala pun senyum balik la. Hajar pun cakap cam ni " bapak aku bawak moto ntah ke mana. aku dah siap kul 7 tadi. "
Aku pun menjawab, " yelah, jar. kami faham ".
Saat itu juga Hajar memberitahu yang dia melihat kelibat Maman, iatu classmate kami.
Aku dan Lala beria-ria muengusha sekeliling kawasan parking motor.
Ya, itu dia, Maman yang memakai baju merah bersama dengan Wak, Arinah dan Risu.
Kami bertiga tak berniat nak menegur Maman.
Kami pun membawa haluan masing-masing. ( cewahhhh!!!!!!!! )
Kami pun berjalan menuju ke kawasan yang sesuai untuk bermain badminton.
Setelah sampai, tanpa membuat warming up, aku dan Lala terus mencapai raket dan main.
Memang bakar lemak habis-habisan la.
terlompat-lompat, terkinja-kinja, dan berbagai-bagai aksi aku dan Lala lakukan.
Selepas 30 minit, Hajar pulak menggantikan tempat aku untuk bermain dengan Lala.
Main punya main, hampir 1 jam 30 minit jugak kami menghabiskan masa untuk membakar lemak.
Dipendekkan cerita, kami bertiga ni memang kelaparan.
so, kami pun decided nak pi makan kat kedai belakang istana budaya.
Kami pekena mihun sup.
Pergh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sedap gile. (tapi Lala cakap kurang sedap )~ hehehe
Selesai makan, masing-masing nak balik la, tapi sebelum tu kami bertiga menyinggah ke kedai yang ada kat TT tu sebab nak beli Pau. Aku membeli 2 biji pau yang berinti ayam dan kaya, Lala membeli pau berinti kacang dan kaya dan Hajar membeli rm 2 keropok lekor.
Ambik kau. Time 2 jugak aku menghabiskan 2 biji pau yang gebu lagi panas tu.
Da bakar lemak, aku tambah lagi LEMAK. ~ HAHAHAHA
inilah sedikit catatan mengenai Sunday Morning Memory.
Walaupun penat, sakit badan ( sebab dah lama tak hayun raket ), kami bertiga memang having fun la.
Harap next week kami bertiga boleh main badminton lagi, tapi kali ni nak ramai-ramai join. Barulah Havoc.
Sampai di sini sahaja coretan aku. Aku akhiri coretanku dengan foto-foto yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera burukku.
Hope Enjoy ( macam ada yang baca dan tengok je :) )



Before Main :)


Pertempuran Yang sengit
Raff vs Lala



Hajar with Lala




Kami :)
Raff. Lala. Hajar

Khamis, 7 April 2011

CINTA YANG DATANG, CINTA YANG PERGI

Aku hanya berlagak gembira sedangkan aku sangat KECEWA.
Ahh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hidup ini memang tak indah kalau kita tak mampu nak mengindahkannya.
Manis, pahit, masin, tawar, masam tu rencah dalam kehidupan yang patut kita tempuh.
Kalau sentiasa Manis kang dapat kencing manis.
Kalau sentiasa masin kang dapat darah tinggi.
Begitulah hidup. Kita kena rencahkan hidup kita dengan perasa.
Cinta.
Sungguh Subjektif.
Kalau nak cerita pasal bab cinta nie memang tak habis 3 hari 3 malam.
Kalau nak diikutkan cinta tu boleh diklasifikasikan sebagai cinta kepada ALLAH, RASULLAH SAW & SAHABAT, IBU BAPA, ADIK BERADIK, SEDARA MARA, KAWAN-KAWAN & paling utama untuk remaja macam aku ni CINTA kepada KEKASIH HATI.
Tetapi....
adakah aku memiliki kekasih hati???
jawapannya......
TIDAK ADA.
Mungkin aku tak cari atau aku yang tak laku di pasaran. ~ hahahahaa
Tipulah kalau aku tak pernah rasa nak BERCINTA.
Lumrah manusia nak disayangi.
Namun, apakan daya......
bila diri ini menyukai yang disukai tidak membalasnya.
selalunya begitulah kisah cinta aku.
SENTIASA BERTEPUK SEBELAH TANGAN.
Kadang-kadang aku tanya jugak kat diri sendiri, " adakah diri aku tak cukup cantik di mata seorang lelaki? adakah aku terlalu buruk? adakah aku terlalu gemuk? "
Persoalan itu sering aku ajukan pada diriku.
Huh!!!!!!!!
Biarlah..
Aku kena positif.
Mungkin belum sampai jodohku.
Sekarang hatiku sedang berbunga untuk menyukai seseorang.
Matanya sepet seperti aku.
hahaha~ memang sekarang aku memang tangkap suka HABIS dengan si HB ( nama samaran yang diberi )
Apa pun aku tak akan terbuai dengan perasaan aku.
Ada yang lebih penting yang perlu aku FOKUS selain daripada tangkap cintan dengan HB.
OH biarlah cinta datang, biarlah cinta pergi.
Yang kekal abadi hanya cinta ALLAH.
Cinta sejati akan datang bila tiba masanya.
Insyaallah :)

Khamis, 24 Mac 2011

Lee Hyun ~ You are the best of my life :)

aku dah menggilai lagu dari Lee Hyun nie.
You are the best of my life.
sangat best !!!!!
MV untuk lagu nie pun sangat menarik.
penceritaan yang sangat baik la aku rasa.
' Cinta itu bukan menilai dari rupa fizikal semata-mata '
itu yang boleh aku taksirkan dari lagu & MV Lee Hyun nie.
aku harap lagu nie boleh menang Music Bank ESOK.......
Hwaitting, Lee Hyun ~ :)


                                                              Lee Hyun



   macam nie lah jalan sedikit jalan cerita MV ' You are  the best of my life '



          part yang paling best & kelakar :)