Isnin, 11 April 2011

Sunday Morning Memory ~ 10 April 2011

Aku dan Lala sudah lama merancang untuk pergi ke  Taman Tasik Titiwangsa dalam misi untuk membakar lemak.
Akhirnya, hari ahad bersamaan dengan 10 April 2011 misi kami pun bermula.
Kami berdua bersama seorang lagi kawan yang mengikuti misi ini walaupun badannya sudah sedia maklum KERING, iatu Hajar.
Jadi aku dan Lala menaiki bas Rapid menuju ke TT.
Kami sampai ke TT dalam pukul 7.45 a.m. Memang meleset dari perancangan awal.
Memang tak tepati masa. Sampai-sampai kena tunggu Hajar yang masih lagi terkandas di rumah akibat motornya yang dibawa lari oleh bapanya. ~ hahaha
Jadi, aku dan Lala pun menunggu Hajar sambil makan buah betik sebagai breakfast kami pada pagi itu.
Sedang asyik makan dan mengumpat si Hajar ( buruk sungguh perangai ), tiba-tiba Hajar muncul di hadapan aku dan Lala. Terkejut aku. Dari mana si Hajar ni datang.
Hajar mampu tersenyum dengan kelewatannya.
Aku dan Lala pun senyum balik la. Hajar pun cakap cam ni " bapak aku bawak moto ntah ke mana. aku dah siap kul 7 tadi. "
Aku pun menjawab, " yelah, jar. kami faham ".
Saat itu juga Hajar memberitahu yang dia melihat kelibat Maman, iatu classmate kami.
Aku dan Lala beria-ria muengusha sekeliling kawasan parking motor.
Ya, itu dia, Maman yang memakai baju merah bersama dengan Wak, Arinah dan Risu.
Kami bertiga tak berniat nak menegur Maman.
Kami pun membawa haluan masing-masing. ( cewahhhh!!!!!!!! )
Kami pun berjalan menuju ke kawasan yang sesuai untuk bermain badminton.
Setelah sampai, tanpa membuat warming up, aku dan Lala terus mencapai raket dan main.
Memang bakar lemak habis-habisan la.
terlompat-lompat, terkinja-kinja, dan berbagai-bagai aksi aku dan Lala lakukan.
Selepas 30 minit, Hajar pulak menggantikan tempat aku untuk bermain dengan Lala.
Main punya main, hampir 1 jam 30 minit jugak kami menghabiskan masa untuk membakar lemak.
Dipendekkan cerita, kami bertiga ni memang kelaparan.
so, kami pun decided nak pi makan kat kedai belakang istana budaya.
Kami pekena mihun sup.
Pergh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sedap gile. (tapi Lala cakap kurang sedap )~ hehehe
Selesai makan, masing-masing nak balik la, tapi sebelum tu kami bertiga menyinggah ke kedai yang ada kat TT tu sebab nak beli Pau. Aku membeli 2 biji pau yang berinti ayam dan kaya, Lala membeli pau berinti kacang dan kaya dan Hajar membeli rm 2 keropok lekor.
Ambik kau. Time 2 jugak aku menghabiskan 2 biji pau yang gebu lagi panas tu.
Da bakar lemak, aku tambah lagi LEMAK. ~ HAHAHAHA
inilah sedikit catatan mengenai Sunday Morning Memory.
Walaupun penat, sakit badan ( sebab dah lama tak hayun raket ), kami bertiga memang having fun la.
Harap next week kami bertiga boleh main badminton lagi, tapi kali ni nak ramai-ramai join. Barulah Havoc.
Sampai di sini sahaja coretan aku. Aku akhiri coretanku dengan foto-foto yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera burukku.
Hope Enjoy ( macam ada yang baca dan tengok je :) )



Before Main :)


Pertempuran Yang sengit
Raff vs Lala



Hajar with Lala




Kami :)
Raff. Lala. Hajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan