Rabu, 5 Oktober 2011

Raff Safa Family :)

Jom berkenalan dengan family Raff Safa :

Nama Penuh : Safaruddin B. Abdul Rahman
B.O.D : 06 Ogos 1960
 :) ini papa aku . orangnya tak bape hansome . tapi macho . haha . muke nampak fierce but hakikatnya papa aku ni suka melawak & penyabar orangnya . sifat penyabar papa aku tuhh membuat aku admire gila kat beliau . mengikut pemerhatian aku selama ni, aku boleh mengatakan bahawa papa aku ni seorang yang tak romantik . beliau ni tarikh-tarikh penting yang wajib diingat pon beliau tak ingat . as example hari jadi mama aku, hari jadi diri sendiri, hari jadi aku ( sedih ) & tarikh-tarikh lain yang sewaktu dengannya .
walaupun di mata kaca orang lain, papa aku biasa-biasa je tapi aku tetap menganggap papa aku yang terbaik .
ILY papa :)


Nama Penuh : Elvi Bt Saadi
B.O.D : 19 Ogos 1973
  :) ini mama aku . lain kan aku dengan mama aku ni ? macam langit dengan bumi . hahaha. yelah mama aku ni berkulit cerah, tapi aku berkulit kurang cerah . bagi aku, mama aku ni sangat cantik, comel orangnya . suka sangat tersenyum, ramah orangnya tapi bila marah , mama boleh bertukar jadi raksasa PINK . hahaha . aku banyak berkongsi cerita dengan mama aku . semua lahh aku curahat kat mama aku. soal kawan, belajar, cinta . bila cakap dengan mama aku, aku rasa beban-beban yang aku tanggung ringan walaupun mama aku cuma jadi pendengar sahaja. sebab nilah aku sayang sangat mama aku . yelah, mana ada anak tak sayang mak dia kan ?
ILY mama :)



Nama Penuh : Mohammad Faisal B. Safaruddin
B.O.D : 05 April 1994
  :) Dia ni adik aku yang kedua . ehh, jangan silap . bukan abang aku. tapi adik . aku yang sulung , dia jatuh no 2 . nampak lain kan dia ni ? macam chinese look sikit . lain daripada aku . aku ingat lagi ade cikgu time sekolah rendah dulu cakap camni kat aku " betul dia ni adik kamu ? adik kandung atau adik tiri ? sebab muke awk lain sgt dengan dia " ~haha. sampai macam tuhh cikgu tuhh fikir. bukan cikgu tuhh sorang yang fikir macam tuhh. yang memang tak kenal aku or adik aku ni, takkan percaya kitaorang sibling.
jujur aku cakap, aku memang tak sebulu dengan dia since 2005. entah lahh, mungkin masing2 dah besar kan . ade haluan masing2. kalau diikutkan, tiap2 hari kitaorang berperang mulut, gadoh .
bagai nak rak bergadoh, bila ade time angin kitaorng okayh, bole berbaik pulak . haha . betol lahh orang tua kate " air yang dicincang takkan putus " . gadoh macam mane pun, kalau dah kate sibling, okayh jugak nanti.
aku pun dalam proses memahami perangai adik aku yang sorang nie.
walaupun kadang2 dia nie wat aku bengang tahap DEWA , rase nak je hentak dia guna TONG GAS , jauh di sudut hati aku yang paling dalam, aku sayang dia . yelah, ape pun dia adik aku . dia lahh peneman main aku time zaman hingusan dahulu kala. sayang kau lahh , Faisal :)


Nama Penuh : Intan Rayhana Bt Safaruddin
B.O.D : 06 Ogos 1996 ( same cam papa punye B.O.D )
 :) ini adik aku yang ketiga. dia ni happy go lucky orangnya. muke je manis, tapi hakikat dia ni tak semanis muke dia. i mean, dia kasar sikit . dia bukan spesis budak perempuan yg suke wane pink , yg gedik2. she totally different . tapi dia bukan tomboy or pengkid. perangai dia je kasar . okayh lahh tuhh. tak berani dak laki kat sekola dia nak buli dia. hahaha . satu je perangai dia yang buat aku annoying sangat ngn dia . dia suke gelak kuat2 cam pontianak mengilai, pastu nyanyi lagu kuat2 . aku rase nak campak dia kat sungai Klang kalau dgr dia mengilai or menyanyi. kalau nyanyi btol2, aku terime lagi. nie nyanyi wat telinge aku bernanah je . hahahaha.
Ape pun, dia nie lagi berani drpd aku. dia nie jenis redah je.
yang penting aku sayang lahh adik aku nie . Intan , ILY :) ~ ececeh .


Nama Penuh : Mohammad Firman Syah B. Safaruddin
B.O.D : 21 Julai 1997
 :) ini adik aku yang keempat . yang pakai spek tuhh . aku tak jumpe pulak gamba dia sorang2 . terpaksa letak yang nie. hahaha. dia ni adik aku yang paling blur . tapi dia bole dikatakan yang rajin tolong mama . kalau tak de dia, susah lahh mama aku .
dia ni selalu kene buli dengan faisal. kadang2 kesian jugak tengok dia, tp kadang2 aku rase patot jugak dia kene dengan faisal, sbb dia nie kekadang kaki ' MELAWAN ' jugak. mane tak angin si faisal tuhh. dia nie aktif sangat dgn kelab usrah masjid Al Falah tuhh. ade lahh aktiviti dia buat. futsal , badminton, swimming, qiyam lahh. bersosial habis dia sampai lupe study. akhirnya, aku jugak kene bg kaunseling khas kat dia. ehh, lupe pulak, aku & family tak panggil dia firman, kami panggil dia Acong. knp Acong ? sbb mse dia kecik2, mama aku kawan baik ngn sorang tauke cina, so ntah macam mne, mama aku saje2 panggil dia acong, & sampai sekarang melekat name tuhh kat dia. haha. ape pun, aku boleh kategorikan dia sbgai adik yang baik lahh . hahaha ~ ILY lahh Acong :)


Nama Penuh : Karmila Sari Bt Safaruddin
                   : Mohammad Zizan Nin Qomar B. Safaruddin
B.O.D : 24 Januari 2004
         : 19 Januari 2008
  :) Yang badannya comel tuhh adik aku yang no 5 & yang hensem tuhh adik bongsu yang aku sayang2 sangat.
apa yang aku nak story pasal adik-adik aku ni ? haha . yang ila tuhh sangat suka makan. tulah hobi dia time waktu lapang. setiap 1 jam dia akan berasa lapar. haha ~ patot lahh badan dia comel camtuhh. yang si Qomar nie, dia gile 'Angry Bird 'also spiderman. kalau lepak dengan dia, aku boleh jadi kanak-kanak ribena semula. daya imaginasi dia mempengaruhi aku. hahaha. akan tetapi, dengan melihat keletah adik-adik aku yang kurang matang nie, kadang2 mententeramkan hati yg sedang lara, marah, benci. bila penat, pandang je budak dua orang nie, hilang penat aku. hati panas disebabkan macam2 hal kat sekolah hilang bila main2 ngn diorang nie. kakak sayang sangat ila & qomar . :)

................
yang penting aku sayang family aku .
aku sentiasa berdoa family aku akan berada dalam suasana gembira selamanya . ~ InsyaAllah .
Sekian, Terima Kasih :D

Isnin, 3 Oktober 2011

Raffsafastories : Next Top Model .

Salam.
Dah lama tak update blog .
Hahaha .
Apa nak jadi ni ?
Tak kisah lahh, tapi hari ni aku nak update pasal bakat terpendam yang ade dalam diri ini . ececeh .

Bakat terpendam nie ade kaitan dengan dream aku time darjah 6 dulu.
hahahaha . amek kau !
Time zaman hingusan tuhh, aku berangan-angan nak jadi model macam idola aku Tyra Banks .


tetapi, angan-angan aku terhenti setakat itu je sebab bila aku cakap dengan member-member aku, diorang hambur gelak kat aku.
Yelah, aku time tuhh memang lahh tinggi cam galah, tapi gemuk macam tong . Aku pun down gila, terus melupakan angan-angan tu sebab malu ditertawakan.



Tapi, bila aku dah melakukan transformasi pada tahun lepas ( 2010 ) aku mula nak kejar angan-angan aku yang terhenti seketika tuhh. haha .
Walaupun aku masih mempunyai banyak lemak tepu kat badan, aku tak kisah .
Kalau tak dapat jadi model majalah , tv or komersil ke , dapat jadi model untuk tatapan diri sendiri pun jadilah .


2 hari lepas, dengan bantuan Baby DS and adik aku yang tersayang Intan, aku set up satu pre photoshoot. ececeh . . .
Baju, shawl, beg polka also my Teddy sudah siap bersedia.
Photoshoot nie tanpa make up sebab aku tak bape reti nak make up, nak mengharap adik aku, kang jadi badut pulak. so, natural beauty jelah . hahaha . ~ poyo je .


Inilah antara hasil pre photoshoot :


 : Si Muncung .


 : Si Sepet .



 : feel cam model beg sekolah . ececeh .



: mood ~ innocent


 : haha . gadis indie dari Arab Saudi .


 : senyuman Colgate :)


 : safa style .

 : senyum gedik .

 : ily Teddy


: my name is Raff .


: hai . hello . bye .


: again . muncung . suke sangat muncungkan bibir .


: manis kan ?


itu jelah kot gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Baby DS.
credit lahh kat intan rayhana .
semua gambar diedit oleh diri sendiri .

: berharap dapat mengejar angan-angan nak jadi model .
  lepas ni kene practice face expression . ececeh .
  layak tak nak jadi Next Top Model ? ~ HAHAHAHA .
  InsyaAllah. :)

Khamis, 28 Julai 2011

Makan- Makan Bersama Mereka.

Assalamualaikum....
Dah lama tak update blog aku ni..
apa nak jadi ni???
haha.
yang penting hari ini aku nak coret sikit pasal event tengah hari tadi.

Bertarikh 28 Julai 2011, hari khamis aku dan yana dijemput untuk join sekaki jamuan AJK tertinggi MPPU Prauniversiti sesi 2010/2011. haha. tak sangka aku dijemput. Anis yang menjemput aku dan yana. Jamuan ni diadakan di KFC ong tai kim meh. ~ dekat je kot.

aku dan yana pun bersemangat la menuju ke KFC OTK dengan hati yang riang serta perut yang sedang kelaparan.
sampai je kat sana, arinah ( dia pun dijemput juga ) bersama-sama menuju ke tingkat atas restoran KFC tuhh.

Haha. bile naik je... amek kau. banyak plak yang buat jamuan jugak. kelihatan gang Rini sedang lahap makan set chicken chop KFC yang baharu tuhh. haha~ kelihatan jugak Komar bersama kekasih hatinya Hanisa yang sedang makan sepinggan. ~ so sweet.


1st gamba bila sampai kat KFC otk ~ credit la to Arinah (:


bermula lah sesi menjamah jamuan yang disediakan.
setiap orang diberi 2 ketul ayam KFC yang baru digoreng. ~ mantop..
secawan air pepsi yang menyegarkan. ~ masyaallah.
aku, yana dan arinah siap plus lagi makanan.
haha~ aku dengan yana beli lagi burger kat MCd. Arinah ngan aku plus lagi cheesy wedges. ~ terbaik lahh.


aksi aku, saudi dan windi ketika menikmati ayam KFC. ~ yUmmy.... (:


makanan kat jamuan ni juga dimeriahkan dengan spageti buatan Anis yang memang sedap sehingga menjilat garfu.
Tengs to Anis sebab sponsor spageti yang sangat sedap.

Duta KFC ~ Arinah. ~ jd pelayan tak berbayar minah nie. haha.

Menikmati spageti Anis yang sedap tuhh... ~ terbaik.

aku sedang tekun menikmati spageti. ~ jangan kacau sy. haha.


sedap sehingga menjilat garfu kot.

bila dah kenyang, hati pun riang (:


special edit ~ KFC otk ~ 28 Julai 2011. Jamuan Ajk MPPU 2011.

Isnin, 30 Mei 2011

Special Fotografi Project : SADO YASUTORA. anime Bleech character

Kebohsanan yang mencapai tahap dewa time2 cuti semester nie menyebabkan aku kurang kerja ( walhal melambak assigment- malas nak buat sekarang )& timbul idea untuk buat projek khas nie ( ceh, poyo siut !!!! )
lalu, aku mengambil kamera burukku yang sudah tersadai lame didalam beg harta karunku.
set up kamera, wardrobe, character & yang penting rambut + xpression.
yeah....
terhasillah character Sado Yasutaro yang pada mulenye aku tak perasaan.
bila post kat fb, member cakap sebijik la.
next year, klw ade kesempatan aku nak join cosplay competition la. ( poyo seyh !!!!!!).

malas nak cakap banyak, kalau ade la yang bace & lihat blog aku nie, sila la perhatikan hasil karya aku yang tak seberapa.

Sekian, Terima kasih :)



nie la character sebenar : Sado Yasutora




Raff safa as Sado Yasutora : facestory




storyface II : Hulk + Sado Yasutora

so, sama Tak???~ mata anda menilai sendiri.

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Emak :)

Selamat Hari Emak diucapkan kepada mak yang melahirkan akak & 5 orang adik berdikku yang lain iatu Pn Elvi Saadi. Terima kasih diatas pengorbanan mu mak yang sanggup mempertaruhkan nyawamu untuk melahirkan akak & adik-adik yang lain. Terima kasih juga mak kerana menjaga, merawat, mendidik, mengajar, menasihati, dan menjadi pendengar yang setia selama ini. Tahun ni akak & adik-adik kekurangan bajet nak buat suprise untuk mak, hanya mampu memberi ucapan " Happy Mother Day, mak " serta mendoakan mak sentiasa panjang umur, sihat dan sentiasa bersama akak & adik-adik. Mak I Love u So Much :)to all Mom " Happy Mother Day ".

                                                                 Mak saya ~ I love u Mak :)

Jumaat, 22 April 2011

Last Day Cikgu Sya & Cikgu Nad

Hari ini yang bertarikh 22 April 2011, Jumaat, sudah cukup tempoh 'practical' Cikgu Sya & Cikgu Nad di UBK, Smk Gombak Setia.
wawawawawawawa :(
sedih2..~ sob....sob.....sob......sob....
dah tak dapat tengok cikgu yang comey belaka. ( cikgu UBK yang lain pun Comell juga :) )
Walaupun tempoh pertemuan kami hanya seketika namun memori yang ditinggalkan akan aku simpan.
Cikgu UBK bersama PRS yang lain tadi sempat membuat suprise farewell party for cikgu Sya & Nad.
Cikgu berdua memang tak sangka akan diraikan sedemikian rupa.
~ haahaha
Lalu, dalam gembira diraikan jatuh juga air mata terharu & sedih apabila terpaksa berpisah.
Yang paling terasa dengan perpisahan ini ialah PRS sesi petang yang lebih rapat dengan cikgu Sya & Nad ( aku pun rapat jugak tp jarang luang masa dgn cikgu sbb terlalu BUSY - poyo)
Aku harap, Cikgu Nad & Cikgu Sya akan sukses sebagai guru kaunseling di masa hadapan.
I love both of you, cikgu :)

ini ada beberapa foto yang sempat dirakam oleh kamera buruk aku.











Last day with cikgu Sya & cikgu Nad ~ Friday ~ 22.04.2011

Isnin, 11 April 2011

Sunday Morning Memory ~ 10 April 2011

Aku dan Lala sudah lama merancang untuk pergi ke  Taman Tasik Titiwangsa dalam misi untuk membakar lemak.
Akhirnya, hari ahad bersamaan dengan 10 April 2011 misi kami pun bermula.
Kami berdua bersama seorang lagi kawan yang mengikuti misi ini walaupun badannya sudah sedia maklum KERING, iatu Hajar.
Jadi aku dan Lala menaiki bas Rapid menuju ke TT.
Kami sampai ke TT dalam pukul 7.45 a.m. Memang meleset dari perancangan awal.
Memang tak tepati masa. Sampai-sampai kena tunggu Hajar yang masih lagi terkandas di rumah akibat motornya yang dibawa lari oleh bapanya. ~ hahaha
Jadi, aku dan Lala pun menunggu Hajar sambil makan buah betik sebagai breakfast kami pada pagi itu.
Sedang asyik makan dan mengumpat si Hajar ( buruk sungguh perangai ), tiba-tiba Hajar muncul di hadapan aku dan Lala. Terkejut aku. Dari mana si Hajar ni datang.
Hajar mampu tersenyum dengan kelewatannya.
Aku dan Lala pun senyum balik la. Hajar pun cakap cam ni " bapak aku bawak moto ntah ke mana. aku dah siap kul 7 tadi. "
Aku pun menjawab, " yelah, jar. kami faham ".
Saat itu juga Hajar memberitahu yang dia melihat kelibat Maman, iatu classmate kami.
Aku dan Lala beria-ria muengusha sekeliling kawasan parking motor.
Ya, itu dia, Maman yang memakai baju merah bersama dengan Wak, Arinah dan Risu.
Kami bertiga tak berniat nak menegur Maman.
Kami pun membawa haluan masing-masing. ( cewahhhh!!!!!!!! )
Kami pun berjalan menuju ke kawasan yang sesuai untuk bermain badminton.
Setelah sampai, tanpa membuat warming up, aku dan Lala terus mencapai raket dan main.
Memang bakar lemak habis-habisan la.
terlompat-lompat, terkinja-kinja, dan berbagai-bagai aksi aku dan Lala lakukan.
Selepas 30 minit, Hajar pulak menggantikan tempat aku untuk bermain dengan Lala.
Main punya main, hampir 1 jam 30 minit jugak kami menghabiskan masa untuk membakar lemak.
Dipendekkan cerita, kami bertiga ni memang kelaparan.
so, kami pun decided nak pi makan kat kedai belakang istana budaya.
Kami pekena mihun sup.
Pergh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sedap gile. (tapi Lala cakap kurang sedap )~ hehehe
Selesai makan, masing-masing nak balik la, tapi sebelum tu kami bertiga menyinggah ke kedai yang ada kat TT tu sebab nak beli Pau. Aku membeli 2 biji pau yang berinti ayam dan kaya, Lala membeli pau berinti kacang dan kaya dan Hajar membeli rm 2 keropok lekor.
Ambik kau. Time 2 jugak aku menghabiskan 2 biji pau yang gebu lagi panas tu.
Da bakar lemak, aku tambah lagi LEMAK. ~ HAHAHAHA
inilah sedikit catatan mengenai Sunday Morning Memory.
Walaupun penat, sakit badan ( sebab dah lama tak hayun raket ), kami bertiga memang having fun la.
Harap next week kami bertiga boleh main badminton lagi, tapi kali ni nak ramai-ramai join. Barulah Havoc.
Sampai di sini sahaja coretan aku. Aku akhiri coretanku dengan foto-foto yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera burukku.
Hope Enjoy ( macam ada yang baca dan tengok je :) )



Before Main :)


Pertempuran Yang sengit
Raff vs Lala



Hajar with Lala




Kami :)
Raff. Lala. Hajar