Ahad, 12 Disember 2010

Penyelidikan OH Penyelidikan.

monday is isnin. bertarikh 13.12.2010, aku sudah bersedia untuk menyiapkan draf pertama @ rangka pertama untuk penyelidikan aku.
tajuk penyelidikan aku untuk kolokium tahun 2011 ialah " KEPENTINGAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV ) DI SEKOLAH ".
semua bahan sudah aku kumpul.
aku harap draf pertama aku tidak di ' reject ' dengan Cikgu Aini.
melalui penyelidikan ini, aku nak buka mata, buka minda masyarakat kita tentang kepentingan PSV.
masyarakat kita sekarang memandang rendah subjek PSV di sekolah.
mereka menganggap PSV sekadar subjek tambahan yang memenuhi ruang masa pembelajaran di sekolah.
begitu menyedihkan kenyataan demikian.
jadi, pelajar sekarang juga memandang rendah akan subjek ini.
mereka melabelkan subjek PSV hanya untuk golongan pelajar kelas bawahan.
konteks pemikiran mereka salah.
bukan hanya pelajar yang memandang rendah subjek PSV, tetapi ada segelintir guru yang berfikiran demikian.
aku akan buktikan yang subjek PSV boleh menjana perkembangan minda modal insan dan juga melahirkan insan yang berfikiran kreatif & inovatif.

Isnin, 6 Disember 2010

Assigment OH Assigment ...

aku mencari semangat untuk menyiapkan assigment aku yang bertunggak-tunggak, yang aku longgokkan meja.
lagi 9 soalan bab pemasaran ( peng.perniagaan ), lagi 5 latihan lukisan, kajian lukisan, penyelidikan, lukisan kanvas.
aduh.!!!
banyak kerja aku yang tertunggak.!!!
masih tak dapat idea, ilham nak siapkan lukisan kanvas a.k.a hasil karya pertamaku.
yang ada di benakku hanya gambaran buaian kayu yang tergantung di sepohon kayu besar, suasana yang suram, seorang budak perempuan memegang anak patungnya memerhatikan buaian.
cuak nak lukis gambaran nie kat kanvas. kang tak jadi, mencanak aku nak membeli kanvas baru.
ahhh... lantak la. buat jelah. buruk or cantik, biar cikgu je menilai.
kene siapkan semua assigment sebelum 27/12..
Rafika Safa.. bangun!! jangan malas. cuti nak habis. siapkan assigment.