Jumaat, 18 Mac 2011

Yang Pertama Untuk Tahun 2011 :)

sudah lama aku tidak menulis di ruangan blog ni.
catatan aku yang terakhir pun bertarikh 12 disember 2010.
ya. aku masih lagi amatur lagi dalam penulisan blog ni. banyak yang perlu aku pelajari lagi.
pengikut pun masih kurang. apa pun aku akan terus belajar dan menulis meskipun tiada yang menjengah atau membaca hasil penulisan aku yang tidak seberapa.
bukan ini yang aku hendak coretkan.
aku sedang berserabut, sedang tidak terurus untuk menyiapkan semua assigment yang diberikan kepada aku sepanjang cuti seminggu ni.
adoi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
cuti seminggu ni memang aku REHAT habis.
inilah yang dinamakan kerjaya sebagai seorang pelajar.
siapkan assignment, belajar dan FOKUS.
bila dah kesempitan waktu macam ni, baru aku terkial-kial cari buku, kertas dengan pen.
aishhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
bila aku nak BERUBAH ni????
STPM lagi beberapa bulan.
perangai aku masih sama.
VIRUS M memang susah nak buang la.
macam-macam cara aku buat nak buang.
TAK BERHASIL.
kalau berhasil pun bertahan tak sampai 3 hari.
apa nak buat ni?????
Puan Wahida selalu memberi semangat kat aku & classmate aku yang lain.
time Puna Wahida bagi semangat tu, bersemangat la, insaf la, TAPI lepas 1 jam HILANG semua kesedaran & keinsafan.
ADOI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dimana silapnya ni????
ARGHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku tak akan mengalah.
aku akan cuba untuk BERUBAH.
NOTHING IMPOSSIBLE!
asal aku pegang nasihat Puan Wahida " FOKORADO ", inshaallah aku mampu.
FO- FOKUS
KO- KOMITMEN
RA- RAJIN
DO- DOA
satu lagi, yang perlu aku pegang & ingat :
- ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
  • SIHAT SEBELUM SAKIT
  • MUDA SEBELUM TUA
  • KAYA SEBELUM MISKIN
  • LAPANG SEBELUM SEMPIT
  • HIDUP SEBELUM MATI
saya RAFIKA SAFA akan lebih berusaha 1000 X ganda untuk membuang VIRUS M dan menjadi yang TERBAIK dalam kalangan YANG TERBAIK. :)


<3 hahahahaha <3
tingkatkan USAHA.
HWAITTING, Raff !!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan